Friday, 29 June 2012

Bertemu di Rumah Allah | tahniah Irma Hasmie


busana di majlis akad nikah Irma
sumber pic dari : abg budiey


Irma Hasmie Bernikah Pada Hari Ini. Pada hari ini, Jumaat, jam 3 petang, pelakon terkenal Irma Hasmie atau nama sebenarnya Irma Hasmie Bt Haji Ibrahim melangsungkan perkahwinannya dengan Redza Syah Azmeer Bin Dato’ Dr Hj Mohd Radzuan di Dewan Persidangan (Dewan Sri Melati) Kompleks Perbadanan Putrajaya, Persiaran Perdana, Presint 3, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
kad undangan perkahwinan Irma dan Redza

Dengan hanya sekali lafaz, pelakon dan pengacara Irma Hasmie Ibrahim kini sah bergelar isteri kepada pasangannya, Redza Syah Azmeer Dato’ Hj Mohd Radzuan pada jam 3.55 petang tadi.

cantiknya Irma bertudung

Irma & Redza kini sah sebagai suami isteri.

Irma dinikahkan sendiri oleh bapa kandungnya, Hj Ibrahim Othman dengan disaksikan oleh Ustaz Mohd Redza Azhar, Pegawai Juru Nikah, Cerai dan Rujuk, JAWI, Putrajaya.

Di majlis pernikahan tersebut, pihak lelaki menyerahkan 11 dulang hantaran, mas kahwin menggunakan mata wang Dinar berjumlah tiga Dinar beserta wang hantaran dan dibalas sebanyak 13 dulang daripada pihak pengantin perempuan.

Majlis yang bertemakan moden ini diadakan di Dewan Persidangan Dewan Sri Melati, Kompleks Perbadanan Putrajaya dengan dihadiri hampir 500 tetamu yang terdiri daripada sanak-saudara dan sahabat handai.

Turut kelihatan beberapa orang rakan artis seperti Misha Omar, Diana Amir, Yatt Hamzah dan ramai lagi. Di majlis itu juga, Irma anggun dengan busana hasil rekaan Hatta Dolmat sementara pengantin lelaki mengenakan baju Melayu hasil sentuhan Ezuwan Ismail. Irma Hasmie memakai busana yang sangat cantik rekaan dari Hatta Dolmat Couture. Wajah Irma pula disolek oleh Chomel Mak Chom.

Sumber : budiey.com


nota entri : cara pertemuan dorang sgt sweet...dipertemukan di hadapan kaabah.. semoga perkahwinan ni kekal sehingga ke akhir hayat.. =)

No comments:

Yang Dah Berakhir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...