Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers...
Untuk version 2 throwback pada tahun 2014, aq nak citer sikit mengenai our gathering...actually benda ni tidak dirancang secara serius..just secara spontan...sebab dah sangap sangat nak berjalan sesama...nak lari daripada kesibukan Projek Sarjana Muda 2 (PSM)...eh, tp kesibukan tu utk housemate2 aq je...aq?? aq dah amek masa sem 6....hehe... dah aq sorg je fakulti lain kt D'Jelutong tu, tu yang tak sama...
lepak2 kat jambatan tepi sungai melaka tu rashid (topi), joe (thumbs up), seno (baju kuning), cibo (baju hitam) & aq |
Disebabkan sorang housemate aq, rashid ada rumah kat melaka...tepi pantai plak tu...best tu kalau buat BBQ....dengan keputusan yang agak drastik, ktaorg pun bercadang untuk ronda2 melaka... petang 13 Januari 2015 kami bergerak ke melaka berlima...lepak kat jonker walk... makan2..sampai kt kampung rashid pagi gak la...biasa la hidup membujang, lepak sampai ke pagi...
Keesokannya pulak, bangu seawal 6 pagi untuk ke pasar...beli2 barang untuk BBQ pada malam hari... macam2 gak la kitaorg beli...
ni la lauk2 yang kitaorang beli untuk di BBQ kan..hohoho.. klau xsilap ktaorg bajet xda la beratus... dalam RM50++ (agak murah) |
Pagi tu juga, lepas daripada membuat persediaan barang untuk barbeque dan beli sarapan pagi, kami terus menuju ke pantai... yes!!! time tok bermandi manda... berendam, berjemur... bajet2 mat salleh... kenapa pagi, sebab pagi tak da lah panas sangat.. tak da lah balik Batu Pahat nanti, menggelap je...
pilih port yang baik punyerrr!! hampar ponco...ready for breakfast... |
baik je semua nampak kepala... tak da apa yang nak dicensoredkan pun... |
ok lepas mandi2, ktaorg plan untuk jalan2 kat bandar pulak...tak tau ke mana hala tuju...tapi, kita teruskan je plan... last2, ktaorg lepak kat Hard Rock Cafe Melaka.. time tu baru HRC baru buka kt Melaka...so, try je pergi..tak da buat apa pun..lepas dari tu, kitaorang gi lepak2 sat kat Pantai Klebang makan Char Kuew Tiaw...
nak masuk macam membazir... bergambar je pun jadi...hahaha |
belah malamnya pula, time untuk berbarbeque...tak sabar ni nak makan... perghh~ start lepas asar, kitaorang dah mula berpuasa...hahaha~ takut malam nanti, makanan yang dibakar semua tak habis di makan... sambil2 bakar, memasing dok fefiling baring2 tepi pantai kan...perghh~ memang best la malam tu..even, macam simple je pplan ktaorg, but nice gak.. hmmmm~ tak tau bila nak dapat lepak2 cenggini lagi... *maaf disebabkan kekurangan cahaya masa BBQ, so tak dapat nak letak gambarnya kitaorang lepak tepi pantai sampai ke subuh...
Keesokan harinya, lepas subuh, memasing membuta sampai ke tengahari...then, bersiap-siap untuk balik Batu Pahat... sebelum balik, kami singgah ke kampung ku untuk makan tengahari...hehehe~ singgah sat kat Melaka Sentral ambil Meor dari KL then, drop Rashid untuk balik KL...
Dalam perjalanan balik, kitaorang sempat singgah di Kolam Air Panas Gerisik, Muar...rendam2 kaki jap.. best gak...airnya agak panas la juga...da pada sebelah malamnya pula, kami berbowling....huhuhu~
kat kolam air panas Gerisek |
berbowling sebentar dari kiri : cibo, meo, joe & seno |
nice memories, nice moment, nice journey... sebelum masing2 membuat haluan memasing... thank 4 the memories friends...
p/s : sayangi & hargai sahabat anda..kadang2 kita tak nampak baiknya seorang sahabat sampai saatnya nati bila kita memerlukan, barulah kita sedar bahawa sahabat tersebut adalah sahabat sejati fid dunya wal akhirah... jazakallah...
**ihsan gambar dari instagram**
1 comment:
شركة تنظيف سجاد بالدمام
شركة تسليك مجارى بالدمام
Post a Comment