Wednesday 17 November 2010

Raya aji...

alhamdulillah, kita sume umat Islam d beri kesempatan tok bersama sama menymbt raya aji...hmmm...bila d sebut pasal raya aji, mst yg bnyk kaitknnyer dgn korban...btl x?? pe pandangan korg tntg p'ktaan 'korban' 2 seniri??
Ibadat korban merupakan suatu ibadat yang sangat digalakkan di dalam Islam, khususnya bagi mereka yang berkemampuan dari segi kewangan. Ibadat korban telah disyariatkan oleh Allah pada tahun kedua Hijrah. Firman Allah S.W.T:
“Sesungguhnya kami (Allah) telah memberi engkau (wahai Muhamad) kebaikan yang banyak. Maka Sembahyanglah* engkau kerana Tuhanmu dan sembelihlah (korbanmu)”. (Surah Al-Kautsar Ayat 1-2).
* Sembahyang yang dimaksudkan di dalam ayat di atas ialah sembahyang sunat hari raya korban ( Aidil Adha). Hukum Hukumnya Sunat Muakkad(dituntut). Adapun bagi mereka yang bernazar, hukumnya wajib. Bagi mereka yang berkemampuan Makruh meninggalkan amalan ini. Wajib hukumnya kepada Rasulullah berdasarkan hadis:
“Diwajibkan ke atas ku melaksanakan ibadat korban namun ia merupakan satu amalan sunat bagi kamu”. (Riwayat Imam Tirmizi)
Maksud Korban:- Menyembelih binatang ternakan yang terdiri daripada unta, lembu, kambing dan kibas yang sampai umur* pada hari raya korban (Aidil Adha) iaitu pada 10 Zulhijjah selepas sembahyang sehingga gelincir matahari hari terakhir tasyrik iaitu 13 Zulhijjah dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah. *Umur binatang yang boleh dikorbankan:- �� Unta 5 thn ke atas – 7 bahagian. �� Lembu, kerbau 2 thn ke atas – 7 bahagian. �� Kambing 2 thn ke atas- 1 bahagian. �� Biri-biri, kibas 1 ½ thn- 1 bahagian. ٭ Ditegah berkorban dengan binatang yang cacat, berpenyakit, patah anggotanya dan terlalu kurus. Sunat-sunat ketika menyembelih binatang korban:- 1. Membaca Basmalah 2. Selawat ke atas nabi 3. Menghadap kiblat 4. Bertakbir 5. Berdoa supaya diterima ibadah korban itu. Nota: a) Daging korban yang diniat nazar oleh orang yang bernazar, hendaklah di sedekahkan semuanya. b) 1/3 daripada daging korban sunat boleh dimakan oleh mereka yang berkorban dan selebihnya disedekahkan kepada fakir miskin, boleh juga disedekahkan kepada orang kaya mengikut mazhab Syafie.. Mereka yang melakukan ibadat korban disunatkan menyaksikan penyembelihan binatang korban tersebut seperti mana sabda Rasulullah maksudnya:
“Wahai Fatimah! Berdirilah di sisi korban mu dan saksikanlah, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampun bagi mu atas dosa-dosa yang telah lalu”. (Riwayat Bazzar dan Ibnu Hibban).
# Menyaksikan sendiri perlaksanaan korban tidak termasuk dalam syarat-syarat ibadat korban. # Imam Khatib Syarbini di dalam kitabnya Mughni Al-Muhtaj menyatakan, disunatkan bagi mereka yang melaksanakan korban untuk menyembelih sendiri binatang korban tersebut, sekiranya tidak mampu disunatkan bagi mereka untuk menyaksikan penyembelihan itu. dengan sikit coretan ni, dptlah serba sikit menambahkn pengetahuan para pembaca sekalian... insyaAllah.. akhir sekali daripada sy, samat menyambut ari raya aidiladha... jgn mkn bnyk2 tau..klu dh bnyk 2, ingt2lah org yg tersayang...hu3 (p/s : klu da pape percanggahan fakta sila bgthu sy ye.. ingtlah bhwa kita sbgi mnusia xlepas drpd mlakukn ksilapan) yg baik 2 dtg drpd ALLAH dan yg slh 2 dtg dr klemahan diri sy seniri... salam...

2 comments:

ira said...

salam aidiladha...(^,^)

L-mi Redzz said...

hehehehe..thnks...salam aidiladha gak..hehehe =)

Yang Dah Berakhir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...