Sunday 22 May 2011

Nur Kasih The Movie

Assalamualaikum....hurmm, ari tu shari lepas movie ni tayangkan, membe Redzz ajk Redzz g tgk...keberatan gak r, sbbnyer Redzz bkn tgk citer ni...tatau pe yg berlaku kn....mst r movie ni ada kesinambungan drpd drama kn....hurmmm, tp, xpe layankn je....ape yg Redzz tau tntg citer ni adlh :-

Penghasilan filem ini bukan sekadar memandang kepada populariti sirinya tetapi ianya untuk memenuhi permintaan 19 juta pengikut siri Nur Kasih untuk menyaksikan kesinambungannya melalui filem.... Rata-rata mereka menyatakan tidak mencapai tahap kepuasan maksima dengan episod terakhir siri tersebut..... Ianya bagai tergantung dan meninggalkan persoalan yang tidak mampu mereka sudahi..... Mereka mahukan lebih lagi.... Sekali lagi kerjasama gabungan suami isteri yang telah berjaya mencipta karya indah ini dituntut untuk menyuntik lagi kekuatan cerita kegemaran ramai ini menjadi sebuah filem yang mendedahkan segala-galanya yang tersirat di dalam siri Nur Kasih....

antra barisan pelakon nur kasih the movie

Sekaligus bertindak sebagai penamat cerita, filem Nurkasih terbitan bersama Grand Brilliance, Film Scape Sdn Bhd, dan Juita Viden Sdn Bhd ini masih mengekalkan tiga teraju utama untuk 3 watak penting yang berjaya meninggalkan kesan di hati penonton siri Nur Kasih..... Penangan pembawaan watak-watak Adam, Nur Amina dan Aidil oleh Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Fizz Fairuz benar-benar memberi impak sehingga tercetusnya fenomena Nur Kasih di kalangan peminat siri drama di Malaysia..... Pada mereka, kesungguhan dan kecekalan tiga watak ini menghadapi cabaran kehidupan menjadi sumber inspirasi dan tauladan.....Nur Kasih The Movie ini yang turut menjadikan Jordan sebagai lokasi utama penggambaran mengisarkan kehidupan 6 tahun kemudian 3 jiwa yang sentiasa diuji ini....

tiket wayunk


sinopsis movie ni :

Nur Kasih The Movie ini adalah kesinambungan daripada drama siri TV popular Nur Kasih.... Filem ini adalah selepas lapan tahun kisah didalam drama Nur Kasih berakhir....Filem ini dibuka dengan satu kejadian kemalangan yang ngeri berlatarbelakangkan pemandangan padang pasir Jordan yang indah.... Kemalangan ngeri yang disaksikan oleh dua orang arab Badwi itu adalah satu permulaan kisah yang menyentuh hati didalam filem Nur Kasih The Movie ini....

Filem ini kemudian membawa penonton ke Kuala Selangor dimana Nur Amina dan Adam sedang bernostalgia mengimbau kenangan lalu..... Satu demi satu cerita terungkap dan dapat diketahui bahawa isteri Aidil, Aliyah telah meninggal dunia....

Anak Aidil, Ilyas dan Maryam mempunyai personaliti yang berbeza.... Ilyas seperti ayahnya Aidil, lebih suka memendam perasaan dan meratapi pemergian ibunya dalam diam dan lebih mengambil berat tentang keadaan ayahnya. Manakala Maryam pula masih terlalu kecil untuk memahami situasi yang berlaku.... Aidil melepaskan beban penderitaan batin yang ditanggungnya dalam satu peristiwa yang menyayat hati....

Adam dan Nur Amina kembali ke Kuala Lumpur dimana mereka menghabiskan masa menjadi sukarelawan di sebuah pusat jagaan kanak-kanak bermasalah.... Tujuannya kerana untuk menghilangkan perasaan rindu terhadap anak-anak kerana telah lama mereka belum lagi dikurniakan cahaya mata.... Di pusat jagaan ini, watak Mamat, Sara, dan Jamal akan mewarnai kisah mereka....

Apabila mengetahui Nur Amina mengandung, Adam bersyukur kepada Allah, namun takdir menentukan, bayi didalam kandungan Nur Amina keguguran.... Kejadian ini membuatkan Adam hilang pertimbangan dan mula berpaling daripada ajaran Allah.... Walaubagaimanapun, Aidil berjaya memimpin Adam kembali ke jalan yang benar....

Adam dan Nur Amina bercadang melawat Mekah dan kemudian menyusul ke Jordan pula.... Di Jordan, pasangan ini menemui kedamaian yang dicari, namun Adam kembali dihantui oleh igauan ngeri.... Adam sering terbayang Nur Amina akan mati.... Adam merasakan bahawa ada satu petanda buruk yang akan berlaku.... Keimanan dan kesabaran akan teruji lagi.... Adam dan Nur Amina mengalami satu kemalangan dahsyat.... Didalam serpihan kemalangan itu, Adam mendapati Nur Amina terbaring kaku....



note entri : Redzz bg 3 bntg la tok citer ni....mgkn Redzz xpaham sbb x mengikuti citer ni....tp, wlaupn xtau citer ni, Redzz ada jga na nk mengalirkn air mata...hu3...syabas kpd penerbit nyer...hu3


trailer movie NUR KASIH

No comments:

Yang Dah Berakhir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...